Bab 5 Peratus

Peratusan

Pecahan dengan 100 sebagai penyebut (denominator) dipanggil sebagaiperatusan (percentage). Dalam kes ini, pengangka (numerator) mewakili nombor/bilangan bahagian-bahagian dalam setiap 100.

Simbol % digunakan bagi mewakili peratusan.

Contoh 1:
80/100 dinyatakan sebagai 80%, dimana;

  • 80/100 adalah pecahan dengan 100 sebagai penyebut,
  • 80% dibaca sebagai ‘lapan puluh peratus’ (eighty per cent).
14% dinyatakan sebagai 14/100.
Contoh 2:
Ungkapkan 53% sebagai suatu pecahan (fraction).
Jwb:
53% = 53/100

Menukarkan pecahan dan perpuluhan kepada peratusan, dan sebaliknya.

Untuk menukar pecahan atau nombor perpuluhan kepada peratusan:

  1. Kaedah 1: Tukarkan penyebut (pecahan) kepada 100.
  2. Kaedah 2: Darabkan pecahan atau nombor perpuluhan dengan 100%.
Contoh 3:
Ungkapkan setiap nilai berikut sebagai peratusan.
  • 2/5
    Jwb:
    2/5 = (2 x 20) / (5 x 20) = 40/100 = 40%
    atau 2/51 x 10020% = 40%
  • 1/2
    Jwb:
    1/2 = (1 x 50) / (2 x 50) = 50/100 = 50%
    atau 1/21 x 10050% = 50%
  • 0.3
    Jwb:
    0.3 = 3/10 = (3 x 10) / (10 x 10) = 30/100 = 30%
    atau 0.3 x 100% = 30%
  • 0.42
    Jwb:
    0.42 = 42/100 = 42%
    atau 0.42 x 100% = 42%
Untuk menukar peratusan ke dalam pecahan atau perpuluhan:
Bahagikan peratusan tersebut dengan 100%.

Contoh 4:
Tukarkan setiap yang berikut kepada:
i) Pecahan
ii) Nombor perpuluhan (decimal number)

  • 85%
    Jwb:
    i) 85% = 85/100 = 17/20 (Jawab dalam pecahan yang terendah)
    ii) 85% = 85/100 = 0.85 (Jawab dalam bentuk perpuluhan)
  • 48%
    Jwb:
    i) 48% = 48/100 = 12/25 (Jawab dalam pecahan yang terendah)
    ii) 48% = 48/100 = 0.48 (Jawab dalam bentuk perpuluhan)

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s