Bab 2 Pola dan Turutan Nombor

Corak/Pola Nombor dan Urutannya

Nombor-nombor yang disusun dalam corak tertentu dikenali sebagai urutan (sequence).
Corak urutan nombor (number sequence) boleh ditentukan dengan menambah, menolak, mendarab atau membahagikan ‘nombor dalam urutan yang sebelumnya’, dengan bilangan/nombor-nombor tertentu.
Urutan Fibonacci (Fibonacci Sequence)
Ahli matematik telah mengkaji corak selama berabad-abad. Corak nombor 1, 1, 2, 3, 5, 8, …dipanggil urutan Fibonacci.
Urutan ini bermula dengan 1, 1 dan setiap selepas sebutan (term) yang kedua, diperolehi dengan menambah dua sebutan (term) sebelumnya yang terdapat dalam urutan.
Menggambarkan corak/pola urutan nomborGambarkan corak setiap urutan nombor berikut:

  • 5, 12, 19, 26, …
    Jwb:

    Corak urutan nombor 5, 12, 19, 26, … diperolehi dengan menambah (adding) 7 pada nombor sebelumnya (nombor dalam urutan).
  • 1, 4, 16, 64, …
    Jwb:

    Corak urutan nombor 1, 4, 16, 64, … diperolehi dengan mendarabkan (multiplying) nombor dalam urutan sebelumnya dengan 4.
  • 40, 35, 30, 25, …
    Jwb:


    Corak urutan nombor 40, 35, 30, 25, … diperolehi dengan menolakkan (subtracting) 5 dari nombor sebelumnya (nombor dalam urutan).
  • 144, 72, 36, 18, …
    Jwb:

    Corak urutan nombor 144, 72, 36, 18, … diperolehi dengan membahagikan (dividing) nombor dalam urutan sebelumnya dengan 2.
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s