Operasi Gabungan

Operasi gabungan (Combined operation)

Operasi gabungan Arahan operasi
+ dan – Lakukan + dan – dari kiri ke kanan
X dan ÷ Lakukan x dan ÷ dari kiri ke kanan
+, -, x dan ÷ Lakukan x dan ÷ dahulu, kemudian diikuti dengan + dan – dari kiri ke kanan
+, -, x, ÷ dan ( ) Lakukan pengiraan didalam kurungan dahulu, kemudian diikuti dengan x dan ÷ , dan akhir sekali barulah lakukan + dan – dari kiri ke kanan

Pengiraan yang melibatkan kombinasi penambahan dan pengurangan (Addition and subtraction)

Nilaikan

334 + 729 – 507
334 + 729 – 507 = 1 063 – 507
= 556
2 435 – 342 + 250
2 435 – 342 + 250 = 2 093 + 250
= 2 343

Pengiraan yang melibatkan kombinasi pendaraban dan pembahagian (Multiplication and division)

Nilaikan

72 x 50 ÷ 18
72 x 50 ÷ 18 = 3 600 ÷ 18
= 200
567 ÷ 7 x 3
567 ÷ 7 x 3 = 81 x 3
= 243

Pengiraan yang melibatkan kombinasi + , – , x dan ÷

Kira

16 x 9 + 55 ÷ 11
Lakukan operasi x dan ÷ dahulu
16 x 9 + 55 ÷ 11 = 144 + 5
= 149
136 ÷ 8 x 4 – 23
Lakukan operasi ÷ dan x dahulu, dari kiri ke kanan
136 ÷ 8 x 4 – 23 = 17 x 4 – 23
= 68 – 23
= 45

Pengiraan yang melibatkan kombinasi

Dapatkan nilai setiap yang berikut.

272 ÷ (40 – 8 x 3) + 57
Lakukan pendaraban dahulu diikuti dengan pengurangan, di dalam kurungan.
272 ÷ (40 – 24) + 57 = 272 ÷ 16 + 57
Lakukan pembahagian dahulu diikuti dengan penambahan
= 17 + 57
= 74
(7 x 9 + 5)(10 – 21 ÷ 7)
Lakukan pendaraban dan pembahagian dahulu
= (63 + 5)(10 – 3)
Kemudian lakukan penambahan dan pengurangan
= (68)(7)
= 476

Penyelesaian masalah melibatkan operasi gabungan

Pak Ali menjualkan tanahnya pada harga RM473 000. Setelah dia menyimpan RM95 000 di bank, Pak Ali berhasrat untuk mengagih baki wang tersebut kepada 8 orang anaknya secara sama-rata. Dapatkan jumlah wang yang akan diterima oleh setiap anaknya.

Jwb:
Jumlah wang yang akan diterima oleh setiap anaknya
= RM(473 000 – 95 000) ÷ 8
= RM378 000 ÷ 8
= RM47 250

Advertisements
This entry was posted in Bab 1. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s