Faktor Perdana

Faktor perdana (prime factor) bagi suatu nombor bulat adalah, nombor perdana yang merupakan faktor kepada nombor tersebut.

Mengenal pasti faktor perdana dari senarai faktor.

Contoh:
Diberi 1, 2, 4, 7, 8, 14 dan 56 ada faktor kepada 56. Kenal pasti semua faktor perdana kepada 56.

Jwb:
Antara faktor kepada 56, 2 dan 7 adalah nombor perdana. Oleh itu, faktor perdana kepada 56 adalah 2 dan 7.

Mencari faktor perdana nombor bulat.

Contoh:
Dapatkan faktor perdana nombor berikut:

100
Kaedah 1 – Senaraikan semua faktor kepada 100.
Faktor kepada 100 adalah 1, 2, 4, 5, 10, 20, 25, 50 dan 100. Antara semua faktor tersebut, 2 dan 5 adalah nombor perdana. Oleh itu, faktor perdana kepada 100 adalah 2 dan 5.

Kaedah 2 – Menggunakan algoritma (pembahagian berulang oleh faktor perdana).
Oleh itu, faktor perdana kepada 100 adalah 2 dan 5.

Kaedah 3 – Menggunakan gambarajah pokok (factor tree diagram).
Daripada gambarajah, faktor perdana kepada 100 adalah 2 dan 5.

72
Kaedah 1 – Senaraikan semua faktor kepada 72.
Faktor kepada 72 adalah 1, 2, 3, 4, 6, 8, 9, 12, 18, 24, 36 dan 72. Antara semua faktor tersebut, 2 dan 3 adalah nombor perdana. Oleh itu, faktor perdana kepada 72 adalah 2 dan 3.

Kaedah 2 – Menggunakan algoritma (pembahagian berulang oleh faktor perdana).
Oleh itu, faktor perdana kepada 72 adalah 2 dan 3.

Kaedah 3 – Menggunakan gambarajah pokok (factor tree diagram).
Daripada gambarajah, faktor perdana kepada 72 adalah 2 dan 3.

Advertisements
This entry was posted in Bab 2. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s